Ringkasan minggu 1 - 5

                    
                   MINGGU
                           
                           AKTIVITI
                              
                  



Minggu 1

30 November 2015 – 4 Disember 2015
  • Melapor diri di Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.
  • Ditempatkan di Unit ICT di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Korporat.
  • Diberi sedikit penjelasan oleh Ketua Pembantu Tadbir dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan tentang suasana kerja di JKRNS.
  • Diperkenalkan dengan staf-staf di Bahagian Perngurusan Korporat.
  • Menghadiri mesyuarat taklimat tentang penggunaan emel baharu kerajaan 1GOVUC.
  • Memasang projektor dan kelengkapan teknikal di bilik mesyuarat.
  • Memasang printer baru di meja Ketua Penolong Pengarah.
  • Memasang printer dan scanner di meja penolong jurutera.















Minggu 2

7 Disember 2015 – 11 Disember 2015

  • Membuat konfigurasi pada printer penolong jurutera . 
-Memeriksa printer sama ada kehabisan dakwat atau mempunyai masalah lain.


-Memeriksa bahan-bahan yang telah dicetak,dan memastikan tetapan printer adalah betul.

  • Membuat banner untuk laman web JKRNS.
  • Memeriksa kelajuan dan kekerapan bilangan pelawat untuk laman web JKRNS.

-Buka laman webachecker.ca/checker/index.php

-Masukkan alamat laman web                        yang hendak diperiksa.

-Klik Check It.

-Paparan keputusan akan keluar.

  • Memeriksa emel rasmi JKRNS .
              -Cari Office 365 di Google.

              -Buka Office 365.

              -Log masuk emel JKRNS.
              -Emel aduan,pertanyaan,surat,
               sebutharga,latihan industri
               hendaklah di'forwardkan' kepada
               pegawai berkenaan. 
  • Membantu pegawai/penyelia                 menguruskan data penempatan           pelajar latihan industri.
-Memeriksa fail permohonan pelajar          latihan industri 2015 dan 2016.
-Melaporkan kepada penyelia pelajar yang layak menjalani latihan industri di JKRNS berdasarkan kelayakan pelajar.    














Minggu 3

7 Disember 2015 – 11 Disember 2015
  

    • Membuat salinan CD dan 'burn' CD untuk pegawai.
    -Masukkan CD ke dalam pemacu CD.
    -Akan keluar menu Autoplay,pilih Burn files to Disc.
    -Kemudian pada tetingkap Burn a Disc,pilih 'Like USB flash Drive' jika mahu fail dalam CD tersebut boleh diedit,simpan dan dibuang.Jika mahu fail tetap didalam CD dan tidak perlu diedit,pilih 'With a CD/DVD player.
    -Heret (drag) atau salin fail yang ingin disalin atau burn CD menggunakan perisian burning rom.
    -Akhir sekali,namakan CD pada Disk Title dan tetapkan recording speed (kelajuan merakam CD).Kemudian tekan Next.
    Salinan dan proses 'burn' CD selesai.

    • Membantu pegawai menyusun dan mengagihkan dokumen.
    • Menghadiri perjumpaan bersama ketua penolong pengarah untuk perbincangan tentang laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.
    • Memberi bantuan teknikal kepada pegawai .
    • Membantu mengemas dan menyusun dokumen.







    Minggu 4

    21 Disember 2015 – 23 Disember 2015





      • Membuat slaid dan nota pembentangan tentang penggunaan laman sosial dalam sektor awam untuk dibentang kepada Ketua Penolong Pengarah.

      -Mencari info tentang media sosial.

      -Membuat 'screenshot' untuk langkah-langkah penggunaan media sosial di dalam slaid.

      -Mencari lebih info untuk diselitkan dalam slaid untuk pengetahuan.

      • Membuat sedikit kajian tentang laman sosial.















      Minggu 5

      28 Disember 2015 – 31 Disember 2015


      • Membuat slaid dan nota pembentangan tentang penggunaan laman sosial
      • Mentadbir/mengemaskini laman web rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.
      -Diajar oleh penyelia merangkap webmaster untuk mengendalikan  laman web rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan. 



      • Memeriksa kelajuan dan kebolehcapaian laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

      -Buka www.seomastering.com/site-speed-checker.php untuk memeriksa kelajuan

      -Masukkan alamat laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

      -Klik 'Continue' .Paparan keputusan akan keluar dibawahnya.

      -Untuk memeriksa kebolehcapian,layari achecker.ca/checker.index.php

      -Masukkan alamat laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

      -Klik Check It.

      -Paparan keputusan akan keluar dibawahnya.